HADITH SHAHIH: DOA KETIKA HUJAN LEBAT.
Sekarang negara kita sedang menghadapi musim hujan setelah kita berpanas sebelum ini. Inilah anugerah Allah untuk kita serta semua makluknya di bumi ini.
Allah Ta’ala berfirman:
أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ (68) أَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ (69)
”Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya atau Kamikah yang menurunkannya?” (QS. Al Waqi’ah [56] : 68-69)
Namun kadangkala hujan yang turun agak lebat dan ini boleh membuatkan ada kawasan yang rendah akan dinaiki air. Maka disini Rasulullah ﷺ mengajar kita agar berdoa kepada Allah agar cuaca kembali menjadi cerah.
اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا,اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turukanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok.” [HR Sahih Bukhari, no. 1014]
Berdoalah agar hujan yang turun ialah hujan yang bermanfaat kepada kita jangan hujan yang membinasakan kita. Rasulullah ﷺ ketika turunnya hujan, baginda ﷺ berdoa:
َ اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً
Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat”. [HR Sahih Bukhari, no. 1034]
Namun jangan sesekali kita mengeluh jika hujan turun kerana mungkin bagi kita hujan itu menyusahkan sebab kita akan basah kuyup, baju yang dijemur tak kering dan jalan pun jem bila hujan tetapi kita perlu ingatkan diri kita segala yang berlaku itu ada hikmahnya.
وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ
“Dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al-An’am: 18)
Wallahua'lam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar