15 FAKTA IMAM SYAFI'I LAYAK DIGELARI "WAHHABI !"
1). Orang bilang "Wahhabi" adalah mereka yang tidak melakukan doa qunut pada solat subuh secara terus-menerus. Kalau begitu Imam Taqiyuddin as-Subki asy-Syafie dan Syeikh Abu Hasan al-Karajji asy-Syafie juga adalah WAHHABI karena mereka meninggalkan qunut subuh atas alasan kelemahan hadisnya. –Lihat .al-Bidayah wa an-Nihayah, Ma’na Qaul al-Imam al-Muththalibi Idza Shahhal Hadits Fahuwa Madzahbi (Majmu’atur Rasa-ilil Muniriyyah) dan Thabaqat asy-Syafi’iyyah al-Kubra.
2). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang tidak melaksanakan solat sunat qabliyyah dua rakaat (sebelum) solat Juma'at. Kalau begitu al-Hafizh al-‘Iraqi asy-Syafie dan Imam Abu Syamah asy-Syafie serta al-Imam Abi al-Thayyib Muhammad Syams al-Haq al-‘Azhim al-Abadi juga adalah WAHHABI karena mereka melemahkan pandangan yang mengkhususkan solat sunat dua rakaat sebelum Juma'at. –Lihat al-Ba’its al-Inkar al-Bida’ wa al-Hawadits, Tharh al-Tsarib dan ‘Awn al-Ma’bud Syarah Sunan Abu Daud.
3). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang tidak setuju dengan adzan dua kali Juma'at. kalau begitu, Wahhabilah Imam asy-Syafie yang cenderung kepada Sunnah Nabi, yaitu adzan Juma'at hanya sekali di zamannya Nabi. –Lihat kitab al-Umm.
4). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang membenci kenduri arwah. Kalau begitu, Wahhabilah Imam asy-Syafie dan para imam bermazhab (aliran) Syafie seperti Syeikh Mustafa Khin asy-Syafie, Syeikh Mustafa al-Bugha asy-Syafie, Syeikh ‘Ali al-Syarbaji asy-Syafie, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari asy-Syafie, Syeikh Daud al-Fatani asy-Syafie, Syeikh Zainul Abidin Muhammad al-Fatani dan banyak lagi. Itu karena mereka semua amat membenci amalan kenduri arwah. –Lihat kitab al-Umm, kitab I’anatu ath-Thalibin, Kashfu al-Litham, Sabil al-Muhtadin, Bughyatul Tullab dan kitab al-Fiqh al-Manhaj ‘Ala Madzhab al-Imam asy-Syafie.
5). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang tidak bermazhab dan menentang taqlid buta dalam beragama (ikut membuta tuli). Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie karena tidak bermazhab kepada mazhab-mazhab yang muncul sebelumnya, antaranya ialah Imam Malik (mazhab Maliki), yaitu gurunya sendiri. Juga Wahhabilah Imam asy-Syafie kerana menetang keras amalan bertaqlid buta dalam beragama. –lihat kitab Manaqib asy-Syafie, Siyar A’lam al-Nubala’, Hilyatul Auliya’ dan Tarikh Dimasyqi.
6). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang menunaikan zakat dengan makanan ruji seperti gandung, tamar, beras dan seumpama. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie karena memfatwakan zakat fitrah hendaklah menggunakan makanan ruji, bukan uang sebagaimana amalan umat Islam pada umumnya-termasuk mereka yang mengaku bermazhab Syafie. –Lihat Kitab al-Umm.
7). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang tidak membaca lafaz ‘Sayyidina’ ketika bershalawat ke atas Nabi. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang tidak pernah menulis di dalam semua kitabnya, baik kitab al-Umm maupun kitab al-Risalah. Demikian juga Wahhabilah al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani asy-Syafie yang turut menyinggung permasalahan ini di dalam kitabnya yang terkenal, Fath al-Bari (syarah kepada al-Bukhari).
8) Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang tidak mengkhususkan bacaan surat Yasin pada malam Juma'at tetapi menggalakkan surat al-Kahfi. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang memfatwakan disukai membaca surah al-Kahfi di malam Juma'at atas alasan ia mengikuti Sunnah Nabi.–Lihat kitab al-Umm.
9). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang enggan berdoa dan berzikir dengan suara yang kuat dan dilakukan secara beramai-ramai selepas solat berjamaah. Jika demikian Wahhabilah Imam asy-Syafie dan para ulama bermazhab Syafie seperti Imam al-Nawawi, Ibn Hajar al-Haitsami, Syeikh Zainuddin ‘Abd al-‘Aziz asy-Syafie, al-Imam al-Baihaqi asy-Syafie dan selainnya. Itu karena mereka tidak pernah mengajarkan demikian dalam kitab-kitab mereka. Sebaliknya hanya membolehkan berzikir berjamaah (baca: bukan doa) dalam konteks mengajar makmum saja, bukan selalu rutin. –Lihat kitab al-Umm, at-Tahqiq, Minhaj ath-Thalibin, Tuhfat al-Muhtaj bi Syarah al-Minhaj, Fath al-Bari, Fath al-Mu’in dan Sunan al-Kubra al-Baihaqi.
10). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang tidak melafazkan niat sebelum solat. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang tidak pernah mengajarkan amalan demikian. Demikian juga Wahhabilah al-Qadhi Abu al-Rabi’ Sulaiman bin ‘Umar asy-Syafie karena menyatakan amalan melafazkan niat sebelum solat itu bukan berasal daripada Sunnah Nabi yang sahih. –Lihat kitab al-Qaul al-Mubin Fi Akhtha’ al-Mushallin.
11). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang menolak sampainya pahala bacaan al-Qur’an yang dihadiahkan kepada si orang yang telah meninggal. Kalau begitu Wahhabilah juga Imam asy-Syafie, Syeikh al-Haitsami asy-Syafie dan lainnya yang berpendapat bahwa “Tidak akan sampai pahala bacaan al-Qur’an yang dikirimkan kepada si mati”. –Lihat Tafsir Ibn Katsir, al-Majmu’ Syarah Muhadzdzab dan al-Fatwa al-Kubra al-Fiqhiyyah.
12). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang melarang mengkapur dan membangun bangun di atas kubur. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie dan Imam al-Munawi yang menjelaskan kebencian Imam asy-Syafie kepada amalan membangun dan mengkapur kuburan sebagaimana yang mendarah daging dalam tradisi umat Islam yang mengaku bermazhab Syafie. –Lihat kitab al-Umm, Syarah Shahih Muslim dan Faidh al-Qadir.
13). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang menetapkan sifat al-Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy di atas langit, sifat turun (al-Nuzul) dan sebagainya tanpa takwil. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang menetapkan kedua-dua sifat itu dan selainnya tanpa sebarang pentakwilan ke atasnya. Demikian juga al-Imam adz-Dzahabi asy-Syafie yang turut menetapkan sifat-sifat Allah. –Lihat kitab Tafsir Ibn Katsir dan al-‘Uluw Li al-‘Aliyyil ‘Azhim.
14). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang tidak belajar dan berakidah dengan sifat 20. Maka demikian Wahhabilah Imam asy-Syafie karena tidak pernah mempelajari, apalagi mengajarkan sifat 20 itu. Tidak ada satupun bukti beliau berpegang kepada kaedah pengkajian sifat 20 didalam semua kitabnya. -Lihat kitab al-Umm dan al-Risalah.
15). Orang katakan Wahhabi adalah mereka yang tidak menyapu muka selepas berdoa. Jika demikian maka Wahhabilah juga Imam al-Nawawi asy-Syafie yang menolak kesunnahan harus menyapu muka selepas doa. Demikian juga Imam al-'Izz 'Abd as-Salam asy-Syafie yang menyatakan adalah Hanya orang-orang bodoh yang menyapu muka selepas berdoa. -Dinyatakan di dalam 'Irwa’ al-Ghalil dan Shahih al-Adzkar wa Dha'ifuhu.
Wallahua'lam .
Sumber Fb Akhuna Abdullah Yassir Hafizhahullah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar